Sunday, March 28, 2010

Koleksi Jurnal Keluaran UUM COLGIS

Koleksi Jurnal Keluaran UUM College of Law, Government & International Studies

  1. Journal of International Studies July/December 2005
  2. Journal of Ethics, Legal and Governance Vol. 1, October 2005
  3. Journal of Ethics, Legal and Governance Vol. 1, October 2006
  4. Journal of Ethics, Legal and Governance Vol. 1, October 2007
  5. Journal of International Studies 2006
  6. Journal of International Studies 2007
  7. Journal of International Studies 2008
  8. Journal of International Studies 2009

Maklumat lanjut layari http://colgis.uum.edu.my

Untuk tempahan jurnal boleh menghubungi Pn. Sobiroh Md. Taha (04-9286614) atau boleh menghubungi Seksyen Pengurusan Acara & Pemasaran UUM COLGIS (04-9286587) atau boleh email ke zulfadli@uum.edu.my

Kursus Akan Datang

Kursus & Seminar yang dianjurkan oleh Seksyen Pengurusan Acara & Pemasaran UUM COLGIS yang akan dijalankan pada Bulan Mei 2010...

  • Kursus Terapi Aura Pesona Diri..Kursus dikendalikan oleh Dr. Sazali Ahmad...Kursus akan dijalankan di Paradise Sandy Beach Hotel, Pulau Pinang....
  • Seminar Pengurusan Harta Pusaka & Wasiat...Seminar dijalankan di Bella Vista Hotel, Pulau Langkawi...Seminar dijalankan melalui pembentangan kertas kerja oleh panel-panel yang berpengalaman luas dalam bidang berkaitan....

Sebarang perubahan tarikh & tempat akan diumumkan kemudian oleh pihak penganjur...

Tuesday, March 2, 2010

Kursus Semangat kerja Berpasukan


Semangat kerja berpasukan merupakan teras kejayaan kepada banyak organisasi di dunia ini. Pekerja digalakkan untuk bekerja bersama-sama bagi membolehkan mereka meningkatkan produktiviti serta kualiti kerja serta menghasilkan “sinergi” dalam sesuatu pekerjaan atau projek yang mereka lakukan. Melalui kerja berpasukan juga pekerja akan mengalami perasaan kekitaan sesama mereka, saling bantu membantu, dan bekerjasama antara satu sama lain. Oleh itu adalah wajar bagi majikan memberikan pengetahuan tentang selok-belok kerja berpasukan serta memberi peluang kepada pekerja-pekerjanya untuk mengamalkan konsep ini.

Kursus ini dianjurkan oleh Seksyen Pengurusan Acara & Pemasaran, Kolej Undang-undang, Kerajaan & Pengajian Antarabangsa (UUM COLGIS).

Tarikh:
30 Mac - 1 April 2010

Tempat:
Paradise Sandy Beach Hotel, Pulau Pinang.

Yuran Penyertaan:
Bilik Single (RM 750.00)
Bilik Twin (RM 550.00)

Terhad Kepada 30 Orang peserta sahaja.

Untuk maklumat lanjut hubungi:
Tel : 04 – 9286578/6587
Faks: 04 – 9286602
Emel: zulfadli@uum.edu.my @ chesalmah@uum.edu.my

Sekian.