Tuesday, March 2, 2010

Kursus Semangat kerja Berpasukan


Semangat kerja berpasukan merupakan teras kejayaan kepada banyak organisasi di dunia ini. Pekerja digalakkan untuk bekerja bersama-sama bagi membolehkan mereka meningkatkan produktiviti serta kualiti kerja serta menghasilkan “sinergi” dalam sesuatu pekerjaan atau projek yang mereka lakukan. Melalui kerja berpasukan juga pekerja akan mengalami perasaan kekitaan sesama mereka, saling bantu membantu, dan bekerjasama antara satu sama lain. Oleh itu adalah wajar bagi majikan memberikan pengetahuan tentang selok-belok kerja berpasukan serta memberi peluang kepada pekerja-pekerjanya untuk mengamalkan konsep ini.

Kursus ini dianjurkan oleh Seksyen Pengurusan Acara & Pemasaran, Kolej Undang-undang, Kerajaan & Pengajian Antarabangsa (UUM COLGIS).

Tarikh:
30 Mac - 1 April 2010

Tempat:
Paradise Sandy Beach Hotel, Pulau Pinang.

Yuran Penyertaan:
Bilik Single (RM 750.00)
Bilik Twin (RM 550.00)

Terhad Kepada 30 Orang peserta sahaja.

Untuk maklumat lanjut hubungi:
Tel : 04 – 9286578/6587
Faks: 04 – 9286602
Emel: zulfadli@uum.edu.my @ chesalmah@uum.edu.my

Sekian.

No comments: